EntriesAboutDarlinksCredits


Tuan BLOG.


Mesir, nantikan kedatangan saya dan sahabat-sahabat di sana! insyaAllah, biiznillah ;).


terbang setinggi langit~
Tuesday, 5 February 2013 | 0 comments
assalamualaikum w.b.t ;) bertemu jua kembali. alhamdulillah, kita masih mampu bernafas sehingga detik, waktu dan juga hari ini. kepada mereka yg belum mengucapkan alhamdulillah, ucaplah alhamdulillah. moga kita semua berada di dalm redha-Nya, insyaAllah. moga kita menjadi hamba-Nya yg bersyukur~

matlamat dan cita-cita. dua bende nie saling bersangkut-paut antara satu sama lain. bende ni lah yg meningkatkan motivasi seseorang untuk berjaya. tak percaya? try for it. and you totally will know. matlamat dan cita-cita ini lah yg membuatkan kita tidak kenal erti putus asa. biarpun kegagalan itu akan menjemput, tetapi ia bukan milik kita selamanya. terus bangun dan jangan mengalah. matlamat dan cita-cita ini memberi kekuatan buatku.

cerita pasal matlamat dan cita-cita, membuat aku terfikir sejenak kepada ardhul kinanah yakni mesir. mampukah aku? apakah aku sudah bersedia? bagaimana soal wang? imtihan qabul? keluarga? berbagai persoalan datang menjengah di minda. seringkali aku sebak memikirkan semua ini. ibu bapa yg risau memikirkan aku, soal wang. mampukah untuk membiayai pelajaran ku kesana? ak tahu ada kegusaran terpalit pada wajah mereka. aku tidak mahu susahkan mereka. aku tidak mahu jadi beban buat mereka.

sejenak selepas membaca coretan yg ditulis sahabat berkenaan ustaznya yg melanjutkan pelajaran ke sana, keadaannya tidak lain tidak bukan lebih kurang seperti situasi aku. tetapi keadaan dia lebih menyedihkan. syahdu~ jika ada peluang, sudah tentu akan ku usahakan ke sana walau terpaksa seperti ustaz itu sekalipun. ak sanggup. demi ilmu, demi matlamat. demi cita-cita. demi ibu bapaku.

ya, aku kembali bersemangat. ya, aku tidak mahu mengalah. ya, aku akan buktikan aku mampu untuk berjaya. ya, aku akan bahagiakan kedua ibu bapaku, ya, aku akan capai matlamat dan cita-citaku. ya, aku akan berusaha untuk ke mesir, merupakan matlamat ku jua seterusnya berusaha menjadi seorang pensyarah bahasa arab yg mana menjadi impian ku jua! akan ku berusaha untuk menggarap impian setinggi langit, insyaAllah~


terbang setinggi langit,
seiring matlamat dan cita-cita yg diimpikan,

Older Post | Newer Post