EntriesAboutDarlinksCredits


Tuan BLOG.


Mesir, nantikan kedatangan saya dan sahabat-sahabat di sana! insyaAllah, biiznillah ;).


result STAM.
Sunday, 3 February 2013 | 0 comments
assalamualaikum w.b.t. apa khabar semua? *bajet ada readers. huahua. tak kesah laaa. papehal moga anda semua sihat sentiasa disamping keluarga yang tercinta dan berada dalam redha Allah, insyaAllah ;) ouhh, berkenaan tajuk tu, i think tak de ape yg special nak diceritakan. sekadar apa yg berlaku mungkin ketika pengumuman result pada 30hb jan lalu.

jarum di jam menunjukkan hampir 9.30. lebih kurg laa. dalam hati dah gawat. mana taknya. plan nak sampai skola around 9 lebih. coz pikir result diumum around 10 pagi. *kononya laa. jadi, aku pergi ke teratak SAMTTAR yg tercinta bersama sahabatku, farhan fitri a.k.a patrick with his family. boleh kata aku rapat laa nan keluarga dia gak.

sekali sampai sekolah around 10.30, rupanya kitorg first lelaki sampai. haish, mao tak segan! ingt dah umum result. pk dah ramai ke sampai kan, rupanya, kosong je. so, gerak laa dewan. dan dan ade pertandingan chess kat situ. ingat umum result kat dewan. lahai~ pk kat dewan mufakkirin cm taun lepas, rupanya tak jugak. awak dah laa org paling awal sampainya pun. malu tak sudah! sekali ustaz kata kat cabin baru F6. huu~

then, ramai laa sampai. tetibe dapat mesej dr naila. "tahniah!" bygkan tym tgah cuak-cuak mcm tu, ade org hntr msj like that. nk kata hepi, ade. kang tak betol, cm ne? mcm mcm bermain di fikiran. lantas ustazah hanisah lalu, kemudian menyatakan "lelaki 5 org mumtaz. amzar, syafiq, anuar, farhan, azmil" whoa! terkejut sgt. mana taknya, tak umum result agi kan. tym tu perasaan gembira menerpa didalam diri. walaupun belum tahu kebenaran, ia seakan-akan memberi khabar gembira kpdku.

ibu ayah patrick dah mcm tak caye lagi. siap ty "ade lagi tak name farhan dlm f6?" coz ape-ape boley jadi. aku pun mula pikir, "ade lagi ke f6 name amzar? huish, biar betul" sangkaanku. kata mak patrick, selagi tak dapat betul-betul natijah tu, bawak bertenang dulu. tp biasalah,diri ni dah mula gembira. mula lah adegan peluk-peluk antara aku dan farhan. *maaf, ini pelukan sahabat. dia dah mengalirkan air mata. aku tidak mampu untuk mengeluarkannya, hanya mampu menenangkan sahabatku itu. begitu juga yg aku buat pada syafiq suhiman. bila air matanya tumpah jua bila mendengar kata ustazah, aku hanya menenangkan. tidak mampu untuk menangisi jua walaupun air mataku jua seakan air yg hilang bekalan air, tak mampu dikeluarkan.

jam menunjukkan pukul 12. nampaknya, para pelajar boleh mengambil keputusan masing-masing. sekali ustaz saipol ripin dtg kat aku, tarik aku suruh ambik result. "kamu da confirm mumtaz" "ala ustaz, tp saya taknak ambik awal-awal" "ambik je, dah, cepat-cepat" nah, aku dah kat tmpt amek result. ak sorg je lelaki kat situ. "ustaz nie" getus hatiku sendiri. lalu mula ku mengorak langkah. dengan harapan yg tggi, moga aku beroleh apa yg aku hajati selama ini.

masuk-masuk, ustaz khalid kata "siapa ni? tak kenal lah" aku tersenyum jua. bertemu dengan mentorku, ustaz jamahari abdul manaf. membuat aku teruja ingin mengetahuinya. sekali ustaz bg result. "tahniah, cuba tengok adab kamu, madah ustaz. dapat apa? tak percaya kan?" sambil senyum kata ustaz. ak melihatnya dengan penuh pengharapan. alhamdulillah, berkat usaha selama ni, ku berjaya capai jua apa aku mahu, MUMTAZ di dalam STAM. biarpun tidak capai status SUFI tu, aku panjatkan syukur ke hadrat illahi dengan penuh kesyukuran~

syukur alhamdulillah, aku berjaya jua capai apa yg telah menjadi targetku selama ini. aku mengorak langkah memberi ucapan terima kasih kepada ustaz ustazah yg sudi megajar, memberi khidmat tanpa erti penat lelah semata-mata mahu anak murid mereka berjaya. terima kasih atas segala ilmu yg telah diberikan kepadaku, ustaz ustazah! selesai sudah segala persoalan yg bermain diminda selama ini. alhamdulillah, terima kasih Rabb. terima kasih atas kurniaanMu yg tak terhingga ini. syukur, alhamdulillah~



dipendekkan cerita, selesai sudah segala urusan disana. masing-masing mula mengorak langkah mahu pulang dek kerja, mahupun hal masing-masing. sekejap sudah masa berlalu, amik result, jumpa ustaz ustazah, borak nan pelajar lain, sedar-sedar dah ramai bla mcm tu je. sedih tak dapat jumpa lama-lama. tp insyaAllah, jika diizinkan Allah. bertemu jua sekali lagi beramai-ramai. kita tak jangke rite? semuanya kuasa Allah. jika ada rezeki, insyaAllah bertemu jua lagi, sahabat :')

tu jelah nak cerita. panjang benor ak cerita. maaf maaf ye. ouh, lupa. pelajar mumtaz 12 org, 3 mumtaz sufi.  ha, semuanya perempuan. drpd 12 org mumtaz, 7 prmpuan, 5 lelaki. manakala pelajar jayyid jiddan pulak 37 org. alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan! tahniah jugak kepada semua pelajar STAM 12. SAMTTAR berjaya menjadi no.1 terbaik di selangor sekitar pengumuman result. alhamdulilllah~

alhamdulillah, terima kasih atas kurniaanMu yg tak terhingga ini ya Rabb. ku panjatkan syukur padaMu ya Allah, alhamdulillah ;) segala puji bagi mu ya Allah, Tuhan sekalian Alam~

mesir, kelak akan ku pastikan diri ini dan para sahabatku akan berpeluang melanjutkan pelajaran disana. insyaAllah ;)

Older Post | Newer Post