memori.
Saturday, 16 February 2013 | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم...dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
assalamualaikum w.b.t :D apa khabar anda semua? moga moga anda sihat senantiasa dan berada di bawah naunganNya selalu, insyaAllah. again, tiada apa yg menarik mahu diceritakan. sekadar menulis apa yg terlintas di fikiran. ya, mungkin berkenaan kenangan lama yg menyinggah difikiran. STAM yakni Sijil Tinggi Agama Malaysia, 2012.
tatkala ketika ak masih bekerja, ak sudah putuskan yg ak tidak akan ambil STAM ketika itu. waktu berbaki lagi 5hari sebelum waktu pendaftaran untuk pelajar STAM. ya, ak tak nk amek STAM. memikirkan takut ak tak ley bawak nan subjek yg hard. ketika itu, diri ini chat laa nan seorang hamba Allah ni. gerangannya? khairul zakirin b. abdul hamid. ya. ak sentap dan memikirkan banyak kali apabila dia berkata "ko kan terer bab bab hafal ni, tak nak ambik ke STAM?"
lantas ak pikir. why not? kenapa tidak untuk ak mencuba? terus ak mengubah fikiran. menghantar notis bhnti, memberitahu ibu bapaku akn hasrat ini. ya, mereka seakan tidak percaya. pernah aku suakan tidak mahu ambil. mereka seakan tidak rela ak ambil STAM. tapi ak tetap bulatkan semangat. ak mahu cuba. aku akan bahagiakan mereka.
tanggal 10.1.2012, diri ini melangkah ke teratak SAMTTAR. ya, terasa asing sungguh. sekolah, suasana, alam pra-U yg mencabar. fuhhh. mcm mcm bermain difikiran. berbaju putih, seluar itam, kasut kulit, aku melangkah ke dewan itu buat kali pertama bersama ayahandaku. oh ya, ak diletakkan di dalam kelas 6 siddiq. jika kata budak samten dalam kelas ak, sudah tntu ak kenal. tp ade juga muka baru. cehh, padahal kami ni yg baru kan kt skola uh. permulaannya ak duduk di sebelah rais, akan tetapi, perbalahan yg berlaku menyebabkan ak duduk di sebelah anuar kosnin. seorang budak genius. tapi ak tidak mengenalinya ketika itu. dah laa duduk depan meja guru, masak laa cm ni! benakku.
ya, ketika pengumuman keputusan STAM 2011, ak melihat muka muka mereka yg berjaya. ustaz membawa mereka masuk ke kelas kami. ketika itu ak mndengar apa yg mereka perkatakan, dan rumusan yg ustaz beri mengenai mereka. ak tekad, suatu ketika nanti ak akan berdiri di depan pelajar stam seperti mereka dengan MUMTAZ. ya, itu apa tanamkan di dalam diri ini. sebagai motivasi untuk berjaya kelak.
lama kelamaan, ak mula memahami subjek di dalam STAM ini. biarpun ade seteng yg blur kannn. tp ak cuba untuk paham. ak tidak mahu menghampakan ustaz ustazah. ya, melihat mereka mengajar kami tanpa kenal erti jemu. dah laa bahasa arab. bukan senang nak ajar. lebih lagi ketika tgh hari. wahhh, memang kaw kaw ngantok. dah ramai lentok. apa lagi, aku yg duk depan ni, kene laa memberi respons terbaik! padahal ak pun hampir rebah. haish.
peperiksaan demi peperiksaan berlalu. up1, ppt, up2, tup tup da nak trial. life as budak xrama lagi kan, memg mcm mcm gelagat laa. ya, ak kene psiko wei. saat ak mahu belajar nan mereka yg lain, tp dorg seolah mcm lari. alasan, kata ak pndai. haish. byk juga ak tak tahu kannnnn. tensen juga ketika itu. ak cuba membawa diri. belajar dengan sahabat yg lain. sudahla patrick tak duduk xrama, rase tempang je. cehhhh. dah nk menghafal lagi. ak cuba memberikan yg terbaik. seperti mana ak buat ketika peperiksaan lepas. ak bukan apa, ak mahu nilai sejauh mana kemampuan ku. sebb itu ak mahu buat betul betul seolah STAM sebenar.
jujur ak katakan, belajar STAM bukan seperti mana ak belajar untuk SPM, SMA, PMR dan ape ape je laa. ak tidak tahu kenapa. sampai sanggup tak tidur demi menghafal. cara belajar pun, lain. ak ini pemalas sebenarnya. kepada yg mengenali ak dulu, ya, ak amat pemalas. tp untuk STAM, ak tidak tahu bgaimana ak sggup rajin begitu. tekad? matlamat? impian? ya. mungkin juga.
selepas trial, ya. berlaku sesi pertukaran kelas. wahhh, tak best. mana taknya, dah brape bulan duk dalam kelas yg sama, suasana n environment pelajarnya yg kita bese buat huru hara. nk taknak kene pecah. huu, penghijrahan laa. ak ditempatkan di kelas 6karomah. golongan yg berada di karomah ini adalah mereka yg mana mendapat keputusan baik di dalam trial. nk kata keputusan ak baik? alhamdulillah, biasa sahaja. persaingan kini makin hebat. apatah lagi tempoh STAM makin hampir. semua pelajar makin rajin.
oh ya, di kelas karomah, ak duduk bersebelahan sahabat karib, patrick. :3 muehehe. kitorg jeles tgok bebudak len blajar, tp kitorg cm borak aje. dah laa semua pepandai, apabila semua rajin, menghafal, cuma anda berdua tak buat apa apa. apa yg akan anda lakukan? memerhati? haha. itu apa kami berdua lakukan.
hari demi hari. detiknya tiba. ya, STAM 12 sudah bermula. hari dimana yg kami, pelajar STAM telah tggu. segala tunjuk ajar dr ustaz ustazah, apa yg telah dipelajari, dihafal akan digunakan sebaik mungkin. ia hanya sekali, dan semestinya kami melakukan yg terbaik. demi ustaz ustazah, ibu ayah, matlamat, impian yg terbuku selama ini akan dilunaskan jua.
STAM melabuhkan tirai. bergema laungan "last paper" ketika itu. haha. sorakan, laungan merdeka juga kedengaran mungkin. seolah olah orang yg sesat selama 150 tahun akhirnya berjaya carik jalan pulang walhal rumahnya hanya di sebelah hutan tersebut. eh? abaikan. hehe.
alhamdulillah, ak berjaya mendapatkan apa yg telah dihajati selama ini. iaitu MUMTAZ :D alhamdulillah, terima kasih ya Allah. ketika itu aku amat bahagia. terharu dengan apa yg telah aku capai. memikirkan bagaimana belajar, akhirnya aku tersenyum nikmat di samping sahabat lain. alhamdulillah, 12 org mumtaz, 37 jayyid jiddan. ak bgge dengan pencapaian mereka.
terima kasih ku ucapkan kepada ustaz ustazah yg tidak pernah kenal erti penat lelah dan jemu dalam ngajar kami selama ini. mungkin ada juga ketika kamu marah akan kami kerana bebal sangat, tetapi terima kasih kerana mampu bersabar jua mendidik kami. jasamu akan dikenang selamanya, muallim wa muallimat :D
oh ya, ak tahu ada juga yg mendapat keputusan yg kurg menggembirakan. ak berharap mereka terus kuat, terus tabah. mungkin ini ujian drNya. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, dan yg da berjaya pun, bukan bmkne selamanya berjaya. take note this ya.
sekarang ak mahu melunaskan apa yg belum tercapai. ya, ak akan berusaha untuk kesana. luar negara. tp ak dilema. mesir? maghribi? hmm, berbagai persoalan bermain difikiran. moga Allah tunjukkan jalan padaku kelak, amin ya rabb. pensyarah bahasa arab? yah. please wait for me. i will propose you then :D
ouhhh. panjang sangat cerita ini. mintak maaf ye kepada mereka yg tidak berminat, hanya sekadar menulis pengalaman yg dihadapi diri ini. banyak lagi sebenarnya. tp cukuplah sekadar di sini. ada jodoh bertemu jua lagi, insyaAllah.
rindu dalam sepi,





