debaran tiba di penghujungnya :(
Tuesday, 29 January 2013 | 0 comments
assalamualaikum w.b.t. setelah sekian lama tidak mengarang, aku menggagahkan diri dengan bersungguh-sungguh. mencapai penyapu, lalu membersihkan sawang-sawang yang kelihatan di laman blog ini. ternyata begitu lama sekali ak tinggalkan. fuhhhhhhh. *tiup habuk.
dah dah. ini bukan cerita yang best pun. sekadar melepaskan apa yg terbuku dihati. hmmmm~ lama tak ngarang ni. k la, ak teruskan. about that title post. korg mesti tahu kan lebih kurg brape jam je lagi result STAM bakal diumumkan. mennghitung detik waktu sahaja sekarang ni. kalau dulu berkira-kira lagi berapa hari je. tup tup dah bape jam je lagi. debaran? korg pun mst tau kan mcm mane berdebarnya bila cerita pasal result ni.
bila nak dikenangkan pasal STAM ni, macam-macam seyh yg berlaku even though tak sampai setahun pun blaja. seriously aku cakap, STAM ni ak tak buat macam mana like ak SPM, SMA dan semuanya lah. aku tak taw kenapa. cara ak belajar pun, tak sehard mana laa kalau nak kate ak SPM dulu ke. i dont know why. what i know, i want to do my best. *speaking pulak. tp tu lah, mungkin keazaman yg tggi buatkan aku blaja samapi tahap tu.
saat ni macam-macam yg berlegar di fikiran. apa yg bakal aku dapat nanti. mampukah aku nak dapatnya. bila pikir balik kan apa usaha aku tym tuh, aku cuba dengan sebaiknya. sebagaimana yg termampu sahaja. sape kata tak takut wei? huishhhh, serraaam. hmm, ak berharap aku berjaya untuk mendapatkannya kali ini. aku tak mahu sejarah lama berulang seperti mana ketika di form 4. ak tekad. berharap dan terus berharap, moga ada suatu keajaiban di sebalik usaha selama ini.
MUMTAZ SUFI is my target. EGYPT is my destination next. itulah apa yg mnjadi impian aku selama ini. aku amat berharap untuknya. ibu, ayah. mereka amat berharap padaku. aku ingin buktikan yg aku mampu juga untuk berjaya dalam bidang ni. aku mahu bahagiakan mereka dengan pencapaian aku setelah mana aku terkandas di SPM dan sebelumnya. guru-guru, yg mana banyak memberikan ilmu tanpa kenal erti penat lelah, tidak mungkin ak mampu membayarnya, namun akan ku cuba membayar dengan sebuah kejayaan yg bermakna bagi mereka. dan mereka shbt yg tidak pernah putus harapan mendoakan. akan ku cuba mendapatkan kejayaan itu.
*ya ALLAH, permudahkanlah urusanku. tiada lain yg ku pinta melainkan MUMTAZ/MUMTAZ SUFI. sesungguhnya aku telah berusaha dengan sebaik mungkin ya ALLAH. sebagaimana yg termampu buat diriku. sesungguhnya engkau yg Maha Berkuasa, yg Maha Mengetahui segalanya. berikanlah yg terbaik buat diriku ya ALLAH. Kau berikanlah sebaik-baik kesudahan buat diriku. aku berharap aku dapat memberi kebahagian kepada mereka, kedua ibu bapaku, guru-guruku dengan keputusan yg bakal aku dapat kelak. aku mahu buktikan yg aku juga mampu ya ALLAH. sesungguhnya aku telah berusaha, kepadaMu jua aku berserah.
berikanlah juga yg terbaik buat sahabat-sahabatku ya ALLAH. aku berharap kami dapat sama-sama berjaya, sama-sama dapat melunaskan apa yg diimpikan oleh kami selama ini, tiada yg lain melainkan Mesir, ardhul kinanah ya ALLAH. berikanlah yg terbaik buat kami ya ALLAH. sesungguhnya kami berharap padaMU. kabulkanlah permintaan hambaMU ini.
Amin, ya rabbal a'lamin~
moga kita berjaya bersama, sahabat. mendapat kejayaan bersama, dapat ke Mesir, bersama. Amin~
moga penantian ini memberi suatu kebahagiaan yg berpanjangan,
pelajar MUMTAZ SUFI,
