Ahad, 18.03.2012.
Saturday, 17 March 2012 | 0 comments
nothing to display. agak2 dlm kol 2 or 3 petang nanty, ak pulang ke asrama SAMTTAR. walaupun kire balik ahad, then balik rumah balik selasa(20.03.2012) untuk amek result, tapi ak balik gak. nak tahu nape? takde terasa lame sgt nak tggu result. dok uma terasa lame giler. seriuz, borink weh! haha. ;)
lagi baper hari jer nak amek result. 3 days more kawan. di kesempatan yang ada nie, kita perbykkanlah doa. usaha kita sudah lakukan. dan pelengkapnya tawakkal. same2 lah kita berdoa. sesungguhnya semua itu bergantung pada hasil usaha kita selama nie. Allah menilai berdasarkan sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan sesuatu itu :)
"ya Allah, sesungguhnya pada hari rabu ini bersamaan 21 Mac 2012, ia merupakan hari penentu bagi memutuskan apa yang telah aku dan rakan-rakanku dapati sewaktu belajar di sekolah selama 11 tahun. Kau permudahkanlah urusanku, Kau permudahkanlah urusan rakan-rakanku. semuanya kami telah usahakan, kami hanya buat yang termampu ya Allah. Kau berilah apa yang terbaik buat kami semua.
sekiranya keputusan kami cemerlang, janganlah Kau letakkan sifat takabbur di dlm diri kami sebaliknya jadikanlah kami insan yang merendah diri, yang memanjatkan syukur ke atas nikmat-Mu. semoga keputusan tersebut dapat membahagiakan kedua ibu bapa kami. semoga ianya juga dpat kami gunakan agar menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat..
sekiranya keputusan kami tidak cemerlang, janganlah ianya dijadikan sebagai kesengsaraan mahupun kekecewaan buat. janganlah ianya buat kami bersedih sebaliknya ia dapat dijadikan sebagai pemangkin kecermelangan pada suatu masa nanti..
sesungguhnya walau apapun yang akan kami dapati, kami akur, kami menerima dengan redha akan ketentuan yang telah Kau letakkan buat kami. sesungguhnya semua yang terjadi itu ada hikmahnya. Kau berikanlah apa yang terbaik untuk kami semua, pelajar2 SPM 2011. semoga kami akan memperoleh kecemerlangan di dalam peperiksaan tersebut. kami serahkan segalanya kepada Kau ya Allah.. Amin, "
dan sedikit peringatan, tidak semua orang yang berjaya akan berjaya selama-lamanya, dan tidak semua orang yang gagal akan terus gagal dari mengecapi kejayaan. semua itu bergantung kepada usaha seseorang. semakin banyak kita usaha, semakin banyak hasil yang kita peroleh. :)
and guys, keputusan tu da siap pun. tinggal nak bagi jer kat kita. ianya tidak akan berubah. apa yang kita boleh buat hanya teruskan berdoa. semoga kita memperoleh kejayaan bersama-sama ya!
that's all. doakan aku taw! >__< . wishing rakan-rakan all the best! see you next time. cuak? haha. mestilah. heh. okay then, adios.
