EntriesAboutDarlinksCredits


Tuan BLOG.


Mesir, nantikan kedatangan saya dan sahabat-sahabat di sana! insyaAllah, biiznillah ;).


Misr :')
Tuesday 23 April 2013 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Misr. Mudah-mudahan aku dan sahabat berjaya ke sana :')


Assalamualaikum readers? Ade ke? *bersihkan sawang. Lama tak update blog nie. Perasaan nak update tu sentiasa ada. Akan tetapi kemalasan menerpa jua. Itu yang tak ter-update entry.


Berbalik about tajuk, this is not interesting story sebenarnya. Sekadar perkongsian sahaja. Berkenaan apa yang terbuku dihati. Cehhhh. Haha. Okay cukup. Sambung cerita.


Ianya tidak lain tidak bukan berkenaan akan impianku untuk ke misr. Ya, langkah kanan telah diambil. Mengenai bantuan dermasiswa zakat drpd JAIS. Bermacam ujian yg telah dilalui. Kasut bru beli da hilang laaa. Sampai berkaki ayam kottt. Okay cukup.


Tanggal keputusan dermasiswa itu hampir tiba. Menunggu perkhabaran apakah dipanggil temuduga atau tidak. Betapa risaunya hati ini memikirkan. Same goes kpd sahabat yg lain. Bila nama dipanggil, tu bukan confirm lagi dapat, tapi perlu lepas interview yg mana dalam bahasa arab.


Ini laaa yang dirisaukan ramai termasuklah diri ini. Asyik asyik akan mendapat kata begini " ala, mumtaz kan. Confirm confirm dapat punya. " " ala, kau kan pandai, mumtaz pulak tu. " ya Allah. Terasa jadi bebanan kepada diri sendiri. Seringkali aku dan patrick berkata hal ini.


Ya, memang apa yg orang lihat jika di atas keputusan STAM pada waktu itu aku mendapat MUMTAZ. Adakah mumtaz itu memang terus layak? Takkkk. Jangan pandang kami begitu. Aku punya banyak kekurangan lagi. Dan aku sama sahaja. Takut akan soal itu.


Lebih-lebih lagi apabila melihat sahabat-sahabat lain rancak menggunakan bahasa arab tatkala di perbualan mahupun di laman sosial. Aku terkial-kial untuk turut serta. terkadang cuba, tapi aku kehilangan kata-kata. Sikit-sikit tu, boleh mungkin. InsyaAllah. Tapi memang serius aku jauh lebih kurang lagi tatkala melihat mereka menutur arab. :'(


Pesanan dr sahabat di misr " keje sambil blaja, hafal perkataan perkataan arab tiap hari. Nanti senang nak jawab interview. " akan ku cuba. Kene mulakan dan mengorak langkah. Nak berjaya mesti kene usaha. Dan serahkan kpd Allah. Dia kata dia tggu kami kat sana. Yg tu memg aku taktau nak jwb ape laaa.


" Andai laaa. Andai kau tak dapat dermasiswa zakat tu, kau still nak ke misr takk? " kata dia. Aku tergumam seketika. Memikir keadaan diriku. Aku tak tahu. Apakah aku mampu. Mungkin saja jika aku tak dapat, aku korbankan impianku itu.


Aku bukan apa. Dermasiswa zakat ni laaa harapan aku.
" Itu kalau dapat, kalau tak dapat mcm mana? "
" Dermasiswa tu, kalau dapat. Bukannya tym nak pegi mmg dy dah bg kan? Mst kene ade duit? "
" Blaja sini tak boleh ke? UIA ke, "
" Ibu taktahu nak kata apa. Tunggu je laa keputusan. "
Hmm, terdiam aku apabila ibu berkata begitu.


Itulah sebabnya aku bergantung kepada dermasiswa ini. Moganya natijah yang akan keluar memberi harapan buatku. Moga ianya memberi sebaik-baik kesudahan buatku dan sahabat. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Amin :')




*moga kami mampu berjaya kesana. Tunggu kami #bumigersang






Mengharap dari jauh,

Older Post